Wednesday, May 5, 2010


bantal cantik ni sepasang RM40 termasuk pos
8 hb Mei 2010 ana akan bersama rakan dan keluarga mengikuiti konvoi gerakan bebaskan Palestin dari Kuala Kangsar hingga ke Shah Alam.Hanya ini yang ana dan keluarga mampu lakukan.Untuk sama2 berjihad dengan mereka dengan cara mereka hampir mustahil.Sesungguhnya shahid itu sungguh mulia dan mereka dapat memberi shafaat kepada keluarga mereka.Hanya Allah yang dapat membantu mereka namun kita sebagai saudara jangan berlepas tangan sahaja.

Saturday, April 24, 2010


Ini ban manis.Selalu buat untuk anak-anak.Kadang-kadang dalamnya diletak sambal ikan bilis atau sambal ikan sadin.Seronok bila tengok hasil yang kita buat menjadi macam kat kedai tu. BErangan nak bukak bakeri lah pulak!!Esok letak resepinya kalau ada masa.

Wednesday, October 21, 2009

My recepies collection


I love recepies,I have a few collection that I've collected since I am 12 years old.I will include a few of it in my blog bit by bit,but I can't give the exact picture of it since I don't have the scanner.

Aku belum pernah merasa salju,namun terbayang sejuknya bila diri keseorangan,

Aku belum pernah menyelusuri gurun,namun kehangatannya yang membakar terasa bila hati tertusuk oleh gurauan pedih sang kekasih.

Berkali ku usap hati yang gundah,Lupakan... lah hidup ini masih bererti,

Lemparkan saja nafsu mereka ke lembah sampah yang mereka mahu, demi Allah kekasih mu yang sejati.

Inginku terbang bersama gundah dan pergi ke tasik damai, biar basah dan sejuk biar alpa...

Kembalikan aku padaMU dengan hati yang tenang dan damai tanpa dunia dan mimpi buruknya.


hamira 22 October 2009

Tuesday, October 6, 2009


Saya telah berpindah ke Perak sejak November 2008. Segalanya agak berbeza disini.Cuacanya,kehidupannya.Kedai telah pun saya tutup setelah mengambil kira bahawa keluarga haruslah bersama,itulah yang saya dan suami mahukan. Disini sejuk berbanding di Negeri Sembilan. Rumah pun terletak berhampiran pekan. Sesuatu yang tak pernah kami rasakan sekian lama.Mulanya saya ingin memenuhi masa disini dengan belajar kraf tempatan seperti membuat labu dan menekat, tetapi berubah setelah rterjumpa sebuah tempat pengajian agama. Disini saya mempelajari hadis,tafsir dan tasauf ,sebelah malam saya dan suami serta anak perempuan saya mengaji arab,muamalat,tasauf,nahu dan saraf, ulumul quran juga fiqhud daawah. Semuga Allah menetapkan hati kami agar terus mahu mengaji dan mendalami agama.


I've moved to Perak recently and feel this is a new place for me. Its green and lovely. I have fallen love to this place. I joined a religious class and meet new friend and great lecturers. This state also kept a lot of great history. I will try to capture the beautiful view and histroy spot. I've read a few books such as Sultan Muhammad Al Fateh and Uthaman Affan.

About Me

My photo
Love Life, love to learn and explore. Age is not the limit.

Close To The Heart/Dekat Di Hati

Semuanya akan berlaku,telah berlaku dan mengalaminya adalah satu peristiwa yang paling tidak dapat dilupakan, Kita dijadikan untuk menjadi pelaku, pejuang dan mangsa...keadaan.Semuanya telah terjadi dan semuanya di iringi hikmah,di mana hikmahnya?? diatas positif dan negatifnya diri sendiri.

hamira