Thursday, May 5, 2011

Sambung Cerita Thyroid

Close to the Heart/Dekat di hati: Sambung cerita Thyroid

Sambung cerita Thyroid


Dah kena operate sibuk cari maklumat kat internet.Ada pulak member yang beritahu tak payah operate ada ubat lagi baik!?@?? Dah terlambat dah...
Doktor kata yang tiroid tu ada dua jenis 1.hyper 2.Hypo.Yang aku punya hypo sebab dari hari ke hari bertambah gemuk walaupun sekat makan apalagi kalau makan and makan- makan.Dah lebih sepuluh tahun aku kesan bengkak kat leher ni, tapi akhir-akhir ni ataupun orang melayu sekarang kata lately.. cepat membesar.

Mula-mula doktor kata "kita cucuk dulu dengan picagari(sryinge) dan sedut keluar cecair di leher awak,Kalau semakin mengecil tak payahlah buat operation, hanya masukkan sedikit alkohol untuk mengecutkan terus ruangan yang diambil cecair tu"
Nak kata tak sakit, memang sakit.Tiga kali dalam masa dua bulan doktor kata "Kak niza saya rasa elok kita buat operation memandangkan pembengkakkan tu memang cepat membesar dalam waktu singkat walaupun kita dah cuba sedut.Kak Niza tetapkan tarikh dan kita buat segera.Ok tu dia....Aku jadi bingung juga ini adalah permulaan atau pengakhiran cerita with sad ending. Tapi yang pasti lepas operation doktor kata dua biji ubat pengganti hormon tiroid tu akan buat awak jadi kurus, Now.... thats the news that I like to hear!!! Kurang lah sikit stress kat tulang belakang ni dan ada harapan lah nak bergaya sikit dan makan taklah takut-takut hee...hee...!!

Apa-apa pun ingat Allah dekat di hati teratas sekali.

Thyrodectomy


Tak tahu betul ke tak ejaan kat atas tu tapi ok lah tu...Pada hari Jumaat 21.1.2011 aku telah menjalani pembedahan untuk membuang thiroid sebelah kiri, tetapi akhirnya doktor telah membuang kedua-duanya dan kanser yang tumbuh sebesar duit syiling.

Hari-hari sebelum pembedahan aku seolah merasakan ianya tak akan berakhir dengan baik.Sebelum bertolak jari ku terkepit pintu kereta dan bengkak.Aku berdoa agar Allah memberikan aku kekuatan walau apa pun akhirnya.Pembedahan itu akan dijalankan di Gleneagles Intan Medical Center Kuala Lumpur.Aku pernah bekerja disini dahulu dan anak ke tiga dilahirkan disini.Faktor dekat di hati menjadi sebab kenapa aku memilih tempat ini,disamping banyak nostalgia yang tercatat di memori.

Mula-mula selepas keluar dari dewan pembedahan aku muntah.Suami ku ada disisi.Selepas itu keluarga sebelah suami ada melawat.Doktor kata sewaktu membuat pembedahan dia telah membuat keputusan untuk membuang kedua-dua thiroid dan kanser setelah menjumpainya dan segera membuat analisa di makmal.Jadi nya pembedahan itu telah memakan sedikit masa.Kepala menjadi terlalu sakit,mungkin akibat kesan bius.Mujur suami menyapukan tiger balm.Entah kenapa pembedahan kurasakan agak menyakitkan berbanding pembedahan tulang belakang 11 tahun dahulu.

Hari kedua aku dibenarkan pulang kerumah.Hari kelima aku diserang kejang seluruh tubuh termasuk mulut.Aku hanya berserah kepada Allah ketika itu.Umurku masih panjang kerana doktor sempat menyuntik calcium.jika jantung tidak berfungsi baik ketika itu,kemungkinan jantung boleh berhenti,mujur doktor adalah orang berpengalaman.Alhamdulillah... walau aku tidak dapat menerima pada mulanya tapi aku bertekad pada detik ini untuk bangun setelah menjadi lemah.Semuga kekurangan yang aku alami ini adalah satu kelebihan.Aku terpaksa mengambil kalsium dan pengganti hormon thiriod seumur hidup.

Wednesday, May 12, 2010


Konvoi Aman palestin (Gaza).Ana sekeluarga mengikuti konvoi pada tarikh 8hb 5 2010.Ini lah pertama kali kami terlibat dengan satu badan sukarelawan yang menganjurkan program seumpamanya.

Wednesday, May 5, 2010


bantal cantik ni sepasang RM40 termasuk pos
8 hb Mei 2010 ana akan bersama rakan dan keluarga mengikuiti konvoi gerakan bebaskan Palestin dari Kuala Kangsar hingga ke Shah Alam.Hanya ini yang ana dan keluarga mampu lakukan.Untuk sama2 berjihad dengan mereka dengan cara mereka hampir mustahil.Sesungguhnya shahid itu sungguh mulia dan mereka dapat memberi shafaat kepada keluarga mereka.Hanya Allah yang dapat membantu mereka namun kita sebagai saudara jangan berlepas tangan sahaja.

Saturday, April 24, 2010


Ini ban manis.Selalu buat untuk anak-anak.Kadang-kadang dalamnya diletak sambal ikan bilis atau sambal ikan sadin.Seronok bila tengok hasil yang kita buat menjadi macam kat kedai tu. BErangan nak bukak bakeri lah pulak!!Esok letak resepinya kalau ada masa.

About Me

My photo
Love Life, love to learn and explore. Age is not the limit.

Close To The Heart/Dekat Di Hati

Semuanya akan berlaku,telah berlaku dan mengalaminya adalah satu peristiwa yang paling tidak dapat dilupakan, Kita dijadikan untuk menjadi pelaku, pejuang dan mangsa...keadaan.Semuanya telah terjadi dan semuanya di iringi hikmah,di mana hikmahnya?? diatas positif dan negatifnya diri sendiri.

hamira