Thursday, May 5, 2011

Thyrodectomy


Tak tahu betul ke tak ejaan kat atas tu tapi ok lah tu...Pada hari Jumaat 21.1.2011 aku telah menjalani pembedahan untuk membuang thiroid sebelah kiri, tetapi akhirnya doktor telah membuang kedua-duanya dan kanser yang tumbuh sebesar duit syiling.

Hari-hari sebelum pembedahan aku seolah merasakan ianya tak akan berakhir dengan baik.Sebelum bertolak jari ku terkepit pintu kereta dan bengkak.Aku berdoa agar Allah memberikan aku kekuatan walau apa pun akhirnya.Pembedahan itu akan dijalankan di Gleneagles Intan Medical Center Kuala Lumpur.Aku pernah bekerja disini dahulu dan anak ke tiga dilahirkan disini.Faktor dekat di hati menjadi sebab kenapa aku memilih tempat ini,disamping banyak nostalgia yang tercatat di memori.

Mula-mula selepas keluar dari dewan pembedahan aku muntah.Suami ku ada disisi.Selepas itu keluarga sebelah suami ada melawat.Doktor kata sewaktu membuat pembedahan dia telah membuat keputusan untuk membuang kedua-dua thiroid dan kanser setelah menjumpainya dan segera membuat analisa di makmal.Jadi nya pembedahan itu telah memakan sedikit masa.Kepala menjadi terlalu sakit,mungkin akibat kesan bius.Mujur suami menyapukan tiger balm.Entah kenapa pembedahan kurasakan agak menyakitkan berbanding pembedahan tulang belakang 11 tahun dahulu.

Hari kedua aku dibenarkan pulang kerumah.Hari kelima aku diserang kejang seluruh tubuh termasuk mulut.Aku hanya berserah kepada Allah ketika itu.Umurku masih panjang kerana doktor sempat menyuntik calcium.jika jantung tidak berfungsi baik ketika itu,kemungkinan jantung boleh berhenti,mujur doktor adalah orang berpengalaman.Alhamdulillah... walau aku tidak dapat menerima pada mulanya tapi aku bertekad pada detik ini untuk bangun setelah menjadi lemah.Semuga kekurangan yang aku alami ini adalah satu kelebihan.Aku terpaksa mengambil kalsium dan pengganti hormon thiriod seumur hidup.

No comments:

About Me

My photo
Love Life, love to learn and explore. Age is not the limit.

Close To The Heart/Dekat Di Hati

Semuanya akan berlaku,telah berlaku dan mengalaminya adalah satu peristiwa yang paling tidak dapat dilupakan, Kita dijadikan untuk menjadi pelaku, pejuang dan mangsa...keadaan.Semuanya telah terjadi dan semuanya di iringi hikmah,di mana hikmahnya?? diatas positif dan negatifnya diri sendiri.

hamira