Thursday, May 5, 2011

Sambung cerita Thyroid


Dah kena operate sibuk cari maklumat kat internet.Ada pulak member yang beritahu tak payah operate ada ubat lagi baik!?@?? Dah terlambat dah...
Doktor kata yang tiroid tu ada dua jenis 1.hyper 2.Hypo.Yang aku punya hypo sebab dari hari ke hari bertambah gemuk walaupun sekat makan apalagi kalau makan and makan- makan.Dah lebih sepuluh tahun aku kesan bengkak kat leher ni, tapi akhir-akhir ni ataupun orang melayu sekarang kata lately.. cepat membesar.

Mula-mula doktor kata "kita cucuk dulu dengan picagari(sryinge) dan sedut keluar cecair di leher awak,Kalau semakin mengecil tak payahlah buat operation, hanya masukkan sedikit alkohol untuk mengecutkan terus ruangan yang diambil cecair tu"
Nak kata tak sakit, memang sakit.Tiga kali dalam masa dua bulan doktor kata "Kak niza saya rasa elok kita buat operation memandangkan pembengkakkan tu memang cepat membesar dalam waktu singkat walaupun kita dah cuba sedut.Kak Niza tetapkan tarikh dan kita buat segera.Ok tu dia....Aku jadi bingung juga ini adalah permulaan atau pengakhiran cerita with sad ending. Tapi yang pasti lepas operation doktor kata dua biji ubat pengganti hormon tiroid tu akan buat awak jadi kurus, Now.... thats the news that I like to hear!!! Kurang lah sikit stress kat tulang belakang ni dan ada harapan lah nak bergaya sikit dan makan taklah takut-takut hee...hee...!!

Apa-apa pun ingat Allah dekat di hati teratas sekali.

No comments:

About Me

My photo
Love Life, love to learn and explore. Age is not the limit.

Close To The Heart/Dekat Di Hati

Semuanya akan berlaku,telah berlaku dan mengalaminya adalah satu peristiwa yang paling tidak dapat dilupakan, Kita dijadikan untuk menjadi pelaku, pejuang dan mangsa...keadaan.Semuanya telah terjadi dan semuanya di iringi hikmah,di mana hikmahnya?? diatas positif dan negatifnya diri sendiri.

hamira